KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu Tamil yang berlangsung di Little India, Brickfields di sini semalam lebih istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara tersebut yang diraikan bersama perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
"Acara ini telah dijayakan oleh 40 persatuan Tamil dan Hindu bersama-sama Rukun Tetangga (RT) Brickfields yang berada di bawah kementerian kita (Kementerian Perpaduan Negara)," katanya kepada Bernama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Tamil yang diadakan berhampiran air pancut utama di Little India, Brickfields semalam.
Beliau berharap sambutan Tahun Baharu Tamil secara besar-besaran seumpama itu akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau berkata beliau gembira menyaksikan sambutan itu dianjurkan secara bersama oleh pelbagai persatuan Tamil dan Hindu.
"Seronok menyaksikan semua persembahan tradisional yang ditampilkan oleh anak-anak muda. Saya berbangga kerana generasi muda hari ini mengamalkan dan menghargai nilai-nilai tradisional ini," katanya.
Presiden Malaysia Hindu Dharma Maamandram A. Radhakrishnan pula berkata persatuan itu sentiasa memberi peluang kepada generasi muda untuk mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan setiap tahun itu.
"Selama lima tahun menganjurkan acara Tahun Baharu Tamil ini, kami turut mempromosikan seni Urumi Mellam kepada generasi muda dan masyarakat," katanya.
Menurutnya jumlah pengunjung pada sambutan Tahun Baharu Tamil tahun ini melebihi daripada yang disasarkan oleh persatuan itu, dengan lebih 2,000 orang mengambil bahagian dalam acara yang diadakan dari 2.30 petang hingga 7.30 malam.
Radhakrishnan turut berterima kasih kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran atas persefahaman dan toleransi mereka.
"Kami juga telah meminta kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan Tahun Baharu Tamil ini sebagai perayaan utama komuniti India di negara ini.
Menurutnya ini kerana ia boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara berikutan bilangan pelancong yang menyertai perayaan itu setiap tahun.
Radhakrishnan berkata sambutan Tahun Baharu Tamil yang lebih besar dijangka dianjurkan tahun depan.
Sambutan yang disertai oleh semua lapisan masyarakat itu dianjurkan hasil kerjasama antaranya oleh Malaysia Hindu Sangam, Hindu Sevai Sangam dan Hindu Dharma Maamandram serta komuniti perniagaan di Brickfields.
Selain mempamerkan barangan warisan Tamil, pelbagai aktiviti tradisional serta tarian turut ditampilkan pada acara semalam iaitu Uri Aditthal, Mayil Attam, Kollatam, Urumi Mellam dan Silambam.
Acara itu turut disertai ramai pelancong dari Sweden, Australia, Jerman dan Amerika Syarikat
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Suasana masyarakat India yang hadir pada Sambutan Tahun Baharu Tamil di Little India Brickfields, Kuala Lumpur, 14 Apr 2024. --fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Agong, Permaisuri Agong ucapkan selamat menyambut Vishu, Tahun Baharu Tamil dan Vaisakhi
"Kita mungkin berjauhan dengan orang tersayang, tetapi kita tetap bersatu sebagai sebuah negara ketika kita memerangi pandemik ini."